Headlines

WELCOME TEXT

Hai!!! whAT thE fiSH?!?! emENel adER bloG ?! Wow!! DasyAT nyER kAO Bang!,, bhahahaha!! sukatI aku lHa !! Haha,,Btw,,(mak kerek lak aii pakai shotform,,kaO tau Kea BtW tuu ApeR? jGn buaT 2 taK tau Yerrr,,, sAt agI AKuu pAnggil kaO bahAnGong, kaO jgN mrH pulaK! bahaha!)samBung baLek,,btW, welCOme to My Blog,, haha

Friday, January 7, 2011

Awang lembing pulang ke dayang

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG



Tragedi berdarah yang mengorbankan 99 orang ini berlaku di Parit Raja Laut Muar Johor pada tahun 1776. Ketika itu ia terletak di bawah jajahan Padang (antara Bandar Maharani dengan Parit Jawa). Dinamakan Padang kerana kawasan tersebut pernah terbakar sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Ketika itu daerah ini diperintah oleh Orang Kaya Aris zuriat daripada Daing Seriuk.

Awang dan Dayang berpangkat sepupu mengikut nisab sebelah ibu. Ibu Dayang adalah kakak kepada ibu Awang. Mereka jatuh cinta lalu ditunangkan. Tetapi keluarga Dayang meminta wang belanja berjumlah $370.07 (tiga ratus tujuh puluh ringgit dan tujuh duit) dan sehelai kain mastuli tenunan Bugis sebagai hantarannya. Mereka mengikat janji selama tiga tahun untuk memberi peluang kepada Awang mencari wang dan membeli kain mastuli di Makasar.

Awang belayar ke Siak, lalu ke Makasar dan bekerja di sana. Kebetulan pula Raja Bugis mengadakan perlawanan catur diraja dengan hadiah sepasang lembing sakti, sebilah jantan dan sebilah betina. Awang memasuki pertandingan itu dan memenanginya. Setelah berhasil mengumpul wang untuk belanja perkahwinannya serta kain mastuli tenunan Bugis, maka Awang pun pulang. Tetapi kepulangannya tertangguh selama lima bulan.

Kerana tempoh pertunangan selama tiga tahun sudah tamat dan Awang masih belum pulang, dan tersebar pula berita mengatakan Awang terbunuh dalam satu pertempuran di laut, maka pertunangannya dengan Dayang diputuskan. Kemudian Dayang dilamar oleh Bachok, anak Orang Kaya tetapi angkuh dan sombong. Tambahan pula dia anak murid Panglima Hitam, bekas ketua lanun di Tanjung Tohor.

Ketika Awang sampai di kampungnya, didapati orang ramai sedang meraikan majlis pernikahan Dayang dengan Bachok. Awang berasa malu dan marah kerana keluarga Dayang mungkir janji. Tambahan pula apabila mendapat tahu Bachok yang menyebarkan berita bohong kononnya Awang sudah meninggal dunia supaya dapat mengahwini Dayang.

Awang membawa sebilah lembing lalu pergi ke rumah Dayang. Ketika itu kedua-dua pengantin sedang bersanding. Awang tidak dapat menahan marah apabila melihat tunangnya bersanding dengan orang lain lalu menikam Bachok.

Kawan-kawan Bachok mencabut lembing itu lalu melontarnya kepada Awang tetapi tidak mengenai sasaran, sebaliknya mengenai orang yang berhampiran dengan Awang. Lembing itu terus memakan korban seorang demi seorang sehingga jumlahnya 99 orang. Kesemua mangsa dikebumikan dalam sebuah kubur yang panjang di Dusun Tua yang terletak di antara Parit Besar dengan Parit Raja Laut.

Novel Lembing Awang Pulang Ke Dayang ini akan terbit penghujung bulan ini serentak dengan tayangan filemnya di pawagam.

No comments:

Post a Comment